DANA WAKALAH ZAKAT BANTU PENDUDUK TERJEJAS DI SEGAMBUT DALAM.
Seramai hampir 300 buah keluarga disantuni MAIWP dan PPZ melalui Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 - Siri 1 di Segambut Dalam Kuala Lumpur.
Setiap keluarga menerima bantuan barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan lain-lain lagi selain turut menerima dua ekor ayam yang telah siap diproses.
Saya telah menyampaikan sumbangan dana wakalah zakat PPZ-MAIWP kepada wakil penduduk yang hadir pada hari ini.
Saya telah diberitahu oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ beberapa nama pembayar zakat individu dan syarikat yang menjayakan dana zakat secara wakalah untuk program ini. Semoga Allah SWT membalas amalan mereka. Memang sesuai pula dengan masa dan tempat. Penduduk tidak boleh keluar dari kawasan rumah mereka. Mereka perlukan apa sahaj bantuan.
MAIWP juga turut teruja apabila YBhg Datuk Kolonel Nazim bin Mohd Alim , Setiausaha Sulit Kanan kepada DYMM SPB YDP Agong hadir bersama bagi menyerahkan sumbangan peribadi daripada YDP Agong kepada penduduk yang terjejas. Menjunjung kasih Tuanku.
Hadir sama pada majlis ringkas ini, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Abdul Hakim Amir Osman.
Objektif serahan bantuan ini adalah untuk membantu penduduk menghadapi saat getir apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan mulai 3 julai 2021.
Siri Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 akan diteruskan ke beberapa lokasi lain untuk menyantuni mereka yang terjejas agar setiap rumah di Wilayah Persekutuan tidak terputus bekalan makanan.
Terima Kasih kepada Pembayar zakat di Wilayah Persekutuan kerana melalui dana zakat anda misi ini dapat dijalankan.
#maiwptv #baitulmal #ppzmaiwp #kasihasnaf3 #maiwpprihatin
MDB
Pengerusi MAIWP
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...