Surat dari Kubur: Baca ini jika pasangan korang sakit...
Bersabarlah anakku, setiap penderitaan yang disertai sabar, ada darjat yang akan naik, ada dosa yang akan terhapus, dan ada pahala yang semakin bertambah.
Ayah ada satu kisah seorang lelaki yang tidak kacak tapi mempunyai isteri yang sangat cantik, waktu beliau sakit nak mati, isterinya menyatakan perasaan sedih kerana mereka berdua terpaksa berpisah TETAPI jawapan lelaki ini membuatkan ayah mengalirkan air mata…
Siapa lelaki ini?
Beliau adalah Bilal bin Rabah radiallahuahu seorang hamba berkulit hitam, and nobody care!
Tak ada mana-mana pertubuhan zaman tu nak ajak dia jadi ahli, seorang hamba berkulit hitam? Apa dia boleh buat untuk kembangkan pertubuhan saya?
Tapi Allah tidak pandang pada rupa dan status, dan itulah juga pandangan Nabi Muhammad SAW, lantas selama tiga malam, Nabi telah korbankan masa rehatnya hanya untuk bantu Bilal membuat kerja berat, tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu pada hari ketiga kerana mamat hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba abdi yang tiada rupa, adohai...
Tentu tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat dengan aku seorang hamba berkulit hitam?
Lalu pada malam ke tiga, Bilal pun bertanya: “apa kamu mahu Muhammad?”
Nabipun bagitahu tentang Islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, terus bilal masuk islam dan sebaik tuan Bilal dapat tahu, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam. Waktu siang pula, Bilal dihempap pula oleh sebuah batu besar bersama cuaca yang sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…”
Yang bermaksud: Aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Kita hari ni kejut kawan anak bangun pagi, dijawab: “Ahad, ahad…”, yang bermaksud: tak kerja, tak sekolah.
Woi, bangun solat subuh hari hari lah anak oi..! Hari mati jer tak payah bangun!
(masukkan muzik sedih di sini)
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan terus beliau menjadi sahabat Nabi yang terkenal, menjadi seorang juru kira-kira kewangan Nabi, juga seorang Muazin, juru azan.
Sebaik sahaja Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal. Mereka sudah menjadi sehabat sejati.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya Bilal lantas memberitahu pada Nabi bahawa mereka terpaksa berpisah kerana pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila sudah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. (panjang nak cerita bab ini-rujuk kitab Taklim)
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: Amalan sentiasa memperbarui wudhu..
(nota: Tidak salah menambah amalan selagi ianya sesuai dengan dalil Alquran dan sunnah-ok, teruskan muzik sedih...)
Anak anak ayah sekalian, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat pada hari yang menyedihkan seluruh alam, semua sahabat menangsi kepemergian Nabi termasuk Bilal bin Rabah, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu Bilal akhirnya berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana.
Tapi hati mana yang tidak merindui Nabi setelah hidup Bersama dalam suka dan duka.
Maka satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa sudah lama tak ziarah saya?
Note: Jasad Nabi dikembumikan di Masjid Nabawi.
Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah untuk ‘mengeteh’ dikubur Nabi, sampai sana cucu Nabi telah sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Lihatlah mata bilal, ada kerinduan yang Maha hebat pada Nabi Muhammad SAW.
Tak lama Bilal di Mandinah, semua penduduk dan semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW lalu beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab Kekanda Abang Bilal sayang dah nak meninggal dunia tinggalkan adinda seorang diri.
Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”
Air mata pun berlingangan…
Susah senang hidup bersama, sekarang Islam sudah memang dan tersebar, tapi Nabi tiada Bersama untuk melihat kejayaan ini, oh…
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama..
Wahai anak dan menantuku sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?
Kepada Allah ayah sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Ayah juga rindu kepada Bilal!
Ps: Dikuburan ini, risau juga jika tidak ditakdirkan bertemu Rasulullah, doakan yang baik baik. Sob..sob..
(Dipetik dari Buku Ngeteh Di Kubur Ayah-nak beli siap tanda tangan waktu saya masih hidup,-sila mesej saya-woha!)
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam Persahabatan! . Kadang2 dalam bersahabat, boleh timbul perasaan lejuk. Yes benar, when it comes to my age, perasaan gia kadang2 wujud. Dalam per...
「sahabat sejati adalah」的推薦目錄:
- 關於sahabat sejati adalah 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sahabat sejati adalah 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於sahabat sejati adalah 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於sahabat sejati adalah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
- 關於sahabat sejati adalah 在 Mocca - Teman Sejati | Musik Asik KOLABORASIK - YouTube 的評價
- 關於sahabat sejati adalah 在 SAHABAT SEHATI Sahabat sejati bukanlah dia yang selalu ... 的評價
sahabat sejati adalah 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
BERSATU beli Ahli UMNO? Tak perlu UMNO mohon maaf dengan kebenaran yang ada.
Apa pun penafian yang dibuat oleh BERSATU ianya tidak memberikan apa apa makna kepada UMNO kerana umum mengetahui yang BERSATU sememangya dipenuhi dengan bekas ahli UMNO baik dari ahli biasa hingga lah kepada wakil rakyat dun dan Parlimen.
Sama ada kalah pemilihan dan kecewa tidak mendapat tempat mahupun disogok dengan wang atau jawatan semua nya jelas BERSATU adalah DNA UMNO.
Saya bersependapat dengan kenyataan sahabat seperjuangan saudara Bastien Onn Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan “Bersatu bantu bersihkan UMNO dengan ambil ahli tiada jati diri”
Mana mana pemimpin mahupun ahli parti UMNO yang melompat ke BERSATU sebenarnya membantu membersihkan parti keramat UMNO. Hanya yang setia dan berjiwa tegar dalam perjuangan UMNO yang harus kekal dan menjadikan parti keramat ini secara automatiknya meninggalkan pejuang yang tulen dan sejati.
Semoga pejuang tegar parti keramat UMNO yang tinggal dapat terus istiqomah dalam memastikan parti yang telah diamanahkan oleh orang Melayu ini berjuang demi rakyat dan negara. Kita telah buktikan selama ini dan walau kita kalah PRU14 lalu namun kita tetap setia menjadi suara rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat.
Rakyat menilai apa yang berlaku hari ini dan dari kaca mata mereka kelak keputusan akan dibuat sama ada UMNO mahupun BERSATU yang menjadi pilihan dalam mewakili suara mereka.
UMNO amanah orang Melayu.
sahabat sejati adalah 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
KERAMATNYA DOA IBU!
1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya.seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh.Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang...
2.Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja...Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya..
3.Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu...Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup....keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya...anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya ..
4.Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan jantung anak terasa jentung dirinya...anak adalah pesaka bila ibu dan ayah dah mati...bila.anak anak.adam mati terputus.segala amalan.anak.adam kecuali tiga perkara dan antaranya.doa anak yang soleh.bila ibu doakan perkara yang tak.baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya...bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan..Contohnya ketika.marah kita doakan anak kita sakit kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit...Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik...
5.Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu...saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya...Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih...sungguh besar jasa ibu...
6. Uwisah Al Qarni bukanlah sahabat nabi tetapi hidupnya sangat berkat kerana besar jasanya sehingga sanggup mendukung ibunya menunaikan haji...Lihatlah contoh kisah Juraish yang sibuk beribadat sehingga tidak mempedulikan ibunya sehingga ibunya berdoa semoga Juraish ditimpa ujian.akhirnya juraish menerima akibatnya.Doa ibu sangat berkat dan afdal..kalau ibu berdoa kebaikan hidup anaknya maka insyaAllah kebaikan akan tunaikan tetapi kalau seorang ibu berdoa keburukan maka Allah akan tunaikan...kata ulama janganlah sesekali berdoa keburukan buat anaknya kerana akan merosakan seluru hidup..
7.Soalan Ada orang kata baik anak mati dulu dari ibu kerana ibunya boleh doakannya.jawapan hidup mati ini hak dan milik Allah .Takdir Allah kita tak tahu..Ada ibu dah pergi anak masih hidup manakala ada anak masih hidup ibu sudah mati...kata ustaz yang paling penting ialah doa anak yang soleh sangat diperlukan bila kita dah mati..Hidup.manusia ini bila dah kehilangan ibunya apabila diragut kematian maka hilanglah salah sesuatu keberkatan hidup anaknya..anak dah tak boleh berjasa dalam hidupnya...ibu dah tak boleh.mendoakan keberkatan buat anaknya..
8.Soalan bila terlalu marah akan keluar perkataan yang tak baik dari ibu terhadap anaknya..Contohnya keluarkan membodohkan anaknya...bila ibu kata bodoh tak berguna terhadap anak anda akan bodoh sehingga akhir hayatnya..akibatnya bila kita tua Allah bayar tunai anaknya tak akan mempedulikan ibunya kerana anaknya bodoh dan tidak berguna..kedua dua anak beranak akan merana akibat kata kata ibu yang tak menahan sabar..Nabi ada bersabda jangan berdoa buruk terhadap anak dan keluarga kita...
9.Kalau kita marah sekalipun ingatlah marah itu dari.syaitan...kalau ibu marah sekali pun tolonglah doakan kebaikan.buat anaknya .Doa ibu adalah pintu segalanya.buat anaknya..
.Wallahualam.
sahabat sejati adalah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam Persahabatan!
.
Kadang2 dalam bersahabat, boleh timbul perasaan lejuk. Yes benar, when it comes to my age, perasaan gia kadang2 wujud. Dalam persahabatan, ada turun naitnya. Jangan kita nunggah seseorang ya sahabat sejati selagi kita sik pernah berkelaie dengan nya, kakya memperbaiki hubungan ya agar persahabatan ya lebih utuh di masa depan! Video kali tok nak menunjukkan ktk org benda yang kita sebagai sahabat baik pun boleh terlepas pandang.
.
Video tok adalah mimik kejadian sebenar yg pernah Ngektsai mpun lalui dengan sahabat Ngektsai. Bila kmk org bbincang nak molah video tok, penuh dengan gelak tawa n jaik ati ngenang kmk org mpun dah melalui macam2 onar dalam bersahabat. Jangan diragui kesetiaan sahabat macam Ngektsai tok, Ngektsai secara peribadinya memang seorang yg lantang apabila nangga sahabat Ngektsai dianiaya atau diambik kesempatan.
.
Ngektsai selalu jadi org pertama pg berperang jika kawan2 ada problem. Entah lah, ktk org boleh tanyak dimpun dengan bestfriend2 Ngektsai giney perangei Ngektsai. Biar aku nampak jaik, asal kawan ku selamat. Sentiasa ligat berpropaganda dlm palak utk nulong sahabat, sebab Ngektsai tauk kelak bila susah, sidak akan molah benda yg sama ngan Ngektsai.
.
Turun nait dlm persahabatan tetap ada. Bertikam lidah memang sikpat elak, sik pernah lekang tapi di level kmk org tok dah arum bulak, sik guna nak berkelaie bmasam muka koh, masing2 tauk kelemahan kelebihan masing2. Masing2 menjaga aib dan masing2 mengkritik secara membina, komunikasi secara 2 hala membuatkan setiap pertelingkahan akan menemui penyelesaian yg menguntungkan kedua2 pihak. Contoh mudah, team Ngektsai, kecik jak... kmk org sekda team sampei 10 org koh, berapa ikok jak kmk org sik sampei 5 org, tapi kekuatan team Ngektsai menandingi kekuatan sigek produksi. Masing2 melengkapi. But of koz i leader, sebab i tok lantang! ? but that doesnt mean Ngektsai sentiasa betol, sia lah guna kawan, membetulkan apa salah kita.
.
Pilihlah sahabat yg betul, nok bring out the best version of you macam Melissa & Porok! Sik guna kita bermegah kawan rami sampei 20 org tapi bila susah, sikok sik nampak. Sik guna nampak kuat dengan kuantiti kawan rami, tapi bila sorang dirik, lemah!
.
#TheNgektsai
#NgektsaiOfSarawak
#thelegendaryngektsai
.
Ps : berani ktk org jadi kawan Ngektsai, Ngektsai tok penjeles tauk sik! Siney ko tok? Aie pahal ko sik madah aku?!!! Aie kenak nya tauk dolok ooo? Aku tok siapa lah?!!! Tunggol?! Hahaha... Aku nang loba! Lalek ku! ?
.
Jarang ktk org nangga Ngektsai post gamba geng BFF Ngektsai, sebab apa? SEBAB SIDAK ADALAH BESTFRIEND NGEKTSAI SAHAJA!!!! SAYA SAHAJAAA!!! ?
sahabat sejati adalah 在 SAHABAT SEHATI Sahabat sejati bukanlah dia yang selalu ... 的推薦與評價
SAHABAT SEHATI Sahabat sejati bukanlah dia yang selalu membenarkan setiap ucapanku Tapi dia yang selalu berkata kebenaran kepadaku Sahabat sejati... ... <看更多>
sahabat sejati adalah 在 Mocca - Teman Sejati | Musik Asik KOLABORASIK - YouTube 的推薦與評價
Teman sejati adalah orang yang selalu bersama kita di kondisi senang maupun sedih. Kalo kita punya teman seperti kriteria yang mimin sebutin ... ... <看更多>