Dalam ucapan bahasa Melayu Rapat Hari Kebangsaan saya malam tadi, saya tekankan bahawa pendidikan adalah kunci kepada usaha kita untuk membina masyarakat yang inklusif di Singapura. Dan lebih banyak bantuan harus disalurkan kepada pelajar yang ketinggalan.
Saya menggunakan kisah Siti (bukan nama sebenar) seorang graduan politeknik, dan adik-beradiknya untuk menggambarkan bagaimana pelajar-pelajar seperti Siti maju di sekolah, dengan sokongan pelbagai agensi Pemerintah serta rakan kerjasama di peringkat masyarakat untuk memberi bantuan kepada para pelajar dan keluarga yang kurang bernasib baik.
Setiap rakyat Singapura, tanpa mengira latar belakang, berhak mendapat peluang untuk berjaya. Dengan membantu mereka yang pada mulanya ketinggalan, kita menjayakan dasar meritokrasi dan maju bersama sebagai satu rakyat.
Anda boleh menonton ucapan Rapat Hari Kebangsaan saya di sini:
Bahasa Melayu: go.gov.sg/ndr2021-ml
Bahasa Mandarin: go.gov.sg/ndr2021-cl
Bahasa Inggeris: go.gov.sg/ndr2021-el
– LHL
- - - - - -
In my Malay National Day Rally speech last night, I emphasised that education is key to our efforts to build an inclusive society in Singapore. And that we need to pay extra attention to students who are falling behind.
I used the story of Siti (not her real name), a polytechnic graduate, and her siblings to illustrate how students like her have been able to do well in school, with help from many Government agencies and community partners who come together to support both disadvantaged students and their families.
Every Singaporean, regardless of background, deserves the chance to succeed. By helping those who are struggling, we make meritocracy work for all of us and enable everyone to progress together as one nation.
You can watch my NDR speeches here:
Malay: go.gov.sg/ndr2021-ml
Chinese: go.gov.sg/ndr2021-cl
English: go.gov.sg/ndr2021-el
– LHL
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Warna-warni seakan pelangi biskut Lidah Kucing ni memang comel betul la. Lagi comel dalam bentuk bunga macam ni. Rasanya yang rangup dan rapuh tu, con...
「setiap hari in english」的推薦目錄:
- 關於setiap hari in english 在 Lee Hsien Loong Facebook 的精選貼文
- 關於setiap hari in english 在 Facebook 的最佳解答
- 關於setiap hari in english 在 Mia Sara Nasuha Facebook 的最讚貼文
- 關於setiap hari in english 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於setiap hari in english 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於setiap hari in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
setiap hari in english 在 Facebook 的最佳解答
First Time Menonton Lord Of The Rings
Alkisahnya, Selain Harry Potter, ada satu lagi movie popular yang saya langsung tak rasa minat nak menonton, iaitu Lord Of The Rings.
Teringkat kali pertama kawan ajak tonton DVD, saya yang masih bujang, tahun 2001, waktu tonton, permulaan yang sangat perlahan, ada babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan saya tertidur.
Adohai..,
Can’t go kata orang putih.
Dua tiga tahun kemudian, filem ini masuk TV, ada malay sub okey kot , jom tonton, tapi masih sama, permulaan yang sangat perlahan, babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan bila iklan, saya keluar rumah, mengeteh dengan kawan, filem tu tak membuatkan saya rasa dahaga atau lapar untuk tonton. Tapi buat saya dahaga untuk keluar rumah.
Walau bagaimanapun filem tu sangat popular, markah rottens tomato tinggi, Imdb pun tinggi, lepas tu kawan-kawan cakap best, mereka ajak tengok wayang, saya tolak, serius tak minat cerita purba yang terlalu banyak watak dan terlalu banyak sembang mambang.
Bila filem ini menang Oscar, saya azam nak tonton, tapi tak tahu bila? Masa berlalu tiba tiba ada filem Hobbit pulak, okey baiklah, saya bagi peluang tengok di panggung wayang bersama rakan rakan yang lain, katanya bagus tengok filem ini dari Hobbit, sebab dia macam Star Wars episode one, tapi babak bosan berulang kembali, ahli sihir pergi ke kampong orang kerdil, dan borak di meja makan, lama gila mereka borak, dan saya tertidur! Bosan gila! Tak kena dengan jiwa, adohai..
Lain waktu masa lepak mengeteh dengan kawan, tengok ada naga yang cantik CGInya di kaca TV, tapi Naga itu bercakap Bahasa English, macam filem Disney chicken sahaja? Cerita apa ni?, Naga bercakap? kata sahabat saya: Itulah filem The Hobbit part three, what? naga bercakap? ha ha, mujur saya tak minat.
Namun sebagai kaki movie, saya azam satu hari nanti, saya akan beri peluang untuk tonton filem ini bila saya bosan gila, atau, satu hari nanti jika umur saya panjang, saya dah tua, lepak dengan cucu, maka saya akan tonton filem ini dengan cucu.
Tapi niat saya tak sampai, bila Malaysia kena PKP akibat Covid, anak anak saya sendiri yang ajak menonton filem ini.
Terperangkap dalam PKP, memang perlukan filem yang panjang sebegini, maka muncul juga seorang saya seorang berumur 40-an yang First time layan Lord Of The Rings.
Lepas tonton Lord Of The Rings saya tonton pulak Hobbits dan saya buat kesimpulan..
Jika korang suka filem fantasi yang ada banyak watak, (sangat banyak) dan jika korang penonton yang sabar, (dialog panjang meleret), dan korang suka tengok raksasa bercakap, orang kerdil bercakap, dewa bunian bercakap, binatang pelik bercakap, pokok balak bercakap, naga bercakap, hantu bercakap, dan lepas tu suka tengok perang lawan pedang, suka tengok orang tak bercukur, suka tengok orang tak mandi, maka filem ini untuk anda.
Babak aksinya sangat baik, sama macam waktu dialog, babak aksinya juga panjang, puas hati dengan aksi, walau geng hero selalu bernasib baik sampai tak masuk akal tapi inikan filem fantasi. Nasib baik terlau baik bagi geng hero, buatkan aksinya Panjang dan okeylah!
Tapi saya tak pelik kenapa filem ini ramai orang suka sebab novelnya orang dah baca sejak zaman berzaman, tahun 1937 lagi, maka kisah fantasi ini telah bersarang dalam jutaan pembaca. Di zaman itu yang jauh dari TV dan panggung wayang, maka membaca novel fantasi adalah hiburan indah. Masuk zaman perang dunia, novel ini masih dibaca orang hinggalah perang dunia berakhir, dan bila dunia filem tercetus lepas perang, maka cubaan demi cubaan telah di buat untuk filemkan novel ini, namun kesan khas masih belum mampu dicapai buatkan tertangguh sekian lama.
Akhirnya muncullah Peter Jackson yang membaca novel ini dalam 12 jam perjalanan dari Wellington ke Auckland, dan beliau terinprasi dan cuba buat satu filem purba yang baru tapi walau bagaimanapun ideanya dikembangkan, akhirnya tetap mewnjadi mirip kepada Lord Of The Rings, dari kena kutuk meniru novel LOTR, lebih baik adaptasi sahaja novel itu ke dalam bentuk filem, dan oleh sebab terlalu banyak watak maka filem ini pecah kepada enam episode. Then the rest is history.
Filem ini akhirnya sangat Berjaya di pasaran, walau saya tak minat, tapi bila tonton, masih enjoy sebab Peter Jackson pandai buat filem yang disulami aksi dan emosi, antara pengarah yang terbaik, rujuk karyanya yang lain seperti King Kong dan lain lain.
Sedikit Trivia dari filem LOTR
1. Saruman lakunan Sir Christopher Lee telah mebaca novel ini setiap tahun semenjak diterbitkan, beliau adalah satu satunya pelakon dalam filem ini yang pernah berjumpa dengan penulis novel, J.R.R. Tolkien.
2. Cincin dalam filem ini dihadiakah oleh pengarah kepada Fredoo sebagai kenangan.
3. Boromir sangat takut naik helicopter, bila filem ada babak atas gunung, Boromir mendaki dari bawah dalam keadaan lengkap berpakaian purba.
4. Gimli walaupun berlakon orang kerdil, tapi beliau paling tinggi dalam geng Fellowship. 6' 1"
5. Aragon tak boleh berenggang dengan pedang, waktu jalan minum di pekan pun bawa pedang, hingga polis selalu tegur bagi nasihat akan bahaya bawa pedang di khalayak ramai.
6. 200 Juta keuntungan telah mengalir dalam ekonomi New Zealand kerana lokasi filem ini, maka New Zealand telah lantik Menteri hal ehwal Lord of the Rings untuk terus rangsangkan ekonomi negara.
7. Patung mayat Boromir sangat sempurna, hingga ada kru filem selalu tegur dan ajak bercakap.
8. 300 ekor kuda berlakon dalam keseluruh filem ini .
9. Replika gajah raksasa adalah prop paling besar dalam movie ini, namun pengarah cakap, patutnya lebih besar.
10. "Well, I'm back", adalah ayat terakhir dalam filem, juga ayat terakhir dalam novel.
11. Movie ini untung 1000 peratus!
12. The Lord of the Rings trilogy adalah filem paling banyak tercalon dalam Academy Award dengan 30 pencalonan, berbanding Godfather trilogy (28) dan Star Wars film franchise (21). Lepas tu menang besar pulak! Pevah rekod!
13. Filem normal kesan khas sebanyak 200 visual effects shots. Tapi movie ini sebanyak 1,487 kesan khas!.
14. Tentera hantu adalah babak yang saya rasa tak best, bila baca perjalanan filem, Peter Jackson pun rupanya tak suka babak tentera hantu itu, sebab dah masuk elemen tahyul, tapi terpaksa diadakan sebab tak nak kecewakan peminat novel.
15. 100,000 orang berbaris di jalan Wellington, New Zealand untuk tayangan perdana. Jumlah itu adalah 1/4 dari penduduk bandar.
16. Tujuh tahun pengembaraan filem, 6 juta kasut digunakan,;48,000 bilah pedang, kapak, dan perisai. 20,602 background;19,000 costumes 10,000 pelakon ekstra; 2,400 kru; 1,600 pasang kaki Hobbit, 300 ekor kuda, 180 pakar kesan khas, 140 pelakon; 100 lokasi di New Zealand, 50 tailors, cobblers, designers, di Wardrobe department; dan 30 aktor dipkasa belajar bercakap Bahasa bunian, perghhhh!
17. James Cameron lepas tonton film ini terus dapat ilham nak buat filem Avatar, teknologi CGI dari file mini adalah penanda aras untuk sempurnakan Avatar.
18. Okey, dah nama sayapun keretamayat, maka ada sikit tazkirah..
19. Tazkirah dari movie: Dunia ni ada jin, sebelum manusia di cipta, malaikat cakap ada mahkluk telah berperang dan menumpahkan darah, ada riwayat mengatakan iblis mengetuai tentera malaikat usir makluk ni ke alam jin, ada yang kata makhluk itu adalah adam sebelum adam, ada yang kata mahluk itu adalah jin berdaging, tapi ianya bukan bunian, atau Hobbit, atau apa apa watak dari Lord Of The Rings, lalu turunlah Nabi adam ke bumi, eh? Macam tak kena tazkirah ini, adohai. Ok next!
20. Cerita LOTR adalah tentang cincin, di riwayatkan Nabi Sulaiman ada memiliki sebentuk cincin sakti yang menjadi lambang cop mohor pemerintahan kerajaannya. Kaum jin pernah mencuri cincin ini lalu menyebarkan ilmu Sihir buat seketika sebelum cincin ini diambil semula oleh Nabi Sulaiman. Setelah kewafatan baginda, tidak diketahui dimana keberadaan cincin Nabi Sulaiman ini. Sudah pasti cincin ini tiada kaitan dengan cincin milik Gollum serta Smeagol, jangan nak buat teori konspirasi.
21. Cincin dalam LOTR ada tulisan: One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all and in the darkness bind them, Apa yang tertulis pada cincin Nabi Muhammad?
22. Nabi Muhammad SAW ada cincin sebagi cop untuk tanda tangan kerana baginda tidak tahu membaca, Saidina Anas Bin Malik R.a berkata: Ukiran pada cincin Nabi S.A.W terdapat tiga baris. Baris yang pertama tertulis kalimah Muhammad. Baris yang kedua tertulis kalimah Rasul dan baris yang ketiga tertulis kalimah Allah.
23. Haram lelaki memakai cincin emas, tapi harus jika memakai Cincin perak. Haram juga jika memakai cincin Lord of The ring jika dibuat dari emas.
24. Seorang Raja telah memanggil kesemua bijak pandai dalam istananya, dan mengarahkan mereka mencipta sesuatu barang yang mana jika Raja dalam kesedihan lihat benda itu maka akan hilanglah kesedihan, jika dalam kegembiraan bila lihat barang itu maka hilanglah kegembiraan.
25. Maka berpakatlah para bijak pandai untuk mencipa 'benda' tersebut. Dan setelah di nasihati oleh seorang pemandu kederaan jenazah@kereta mayat maka terciptalah benda itu…
26. Dan hasilnya, Raja cukup berpuas hati...
27. Apa benda tu?
28. Sebentuk cincin yang cukup cantik dan halus pertukangannya dan tertulis perkataan di atasnya: "Semua orang akan menjadi mayat, semua mayat akan menjadi tanah, semua tanah adalah millikNYA"
Woha!
Sekian ulasan LOTR filem dari Hamka Kereta Mayat.
setiap hari in english 在 Mia Sara Nasuha Facebook 的最讚貼文
“Alhamdulillah, tahun kedua anak di Brainy Bunch, dan boleh baca surah panjang siap tajwid yang betul, dan boleh solat dengan lengkap sendiri. Apa yang lagi menyentuh hati saya dia sangat sayangkan Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih tak terhingga buat Brainy Bunch.”
-Madam Izhar, Parent-
.
Ramai juga ibu yang mengadu masalah anak mereka lambat membaca, sukar fokus dalam kelas atau tak minat untuk ke tadika / taska?
Alhamdulillah, teknik montessori & play-based yang dijalankan, dengan hanya 15 pelajar setiap kelas - berjaya menarik minat & fokus anak-anak syurga ini untuk mudah membaca & menghafal surah.
.
Melihat tangisan gembira ibu bapa amat menyentuh hati kami.
Inilah slogan & matlamat Brainy Bunch - untuk lahirkan khalifah yang berjaya di dunia & akhirat (Success In Both World).
.
Berita Baik Buat Anda!
Kini Pendaftaran Sesi 2021 Tadika & Taska (Preschool & Playschool) Brainy Bunch Masih Dibuka!
Klik Di Sini Untuk Daftar Minat & Tim Brainy Bunch akan Hubungi Anda Untuk Penerangan Program:
Hari Terakhir - Tawaran 7 Bonus
===================
7 BONUS Menanti:
===================
1- Yuran Kekal Sama (Tidak Dinaikkan) Untuk Tempoh 3 Tahun (Lock-Fees)
2- Pengecualian Bayaran Kemasukan (Enrolment fees) RM150
3- PERCUMA Bengkel Solat Workshop - Panduan Buat Anak2 Untuk Kaedah Solat Yang Betul !
4- 70% diskaun untuk percutian hujung minggu keluarga menarik (Glamour + Camping) di Kem BELUM Adventure eksotik
5- PERCUMA Bengkel “Bina Rancangan Masa Depan Anak” bersama pakar industri.
6- PERCUMA Sesi bimbingan (coaching) kaedah bina pendapatan pasif bagi anak anda
7- PERCUMA Sesi Kelas Percubaan (Hubungi untuk pilih tarikh yang sesuai)
=====================================
Kenapa Brainy Bunch jadi pilihan utama ibu bapa:
=====================================
1. 15 Pelajar Sahaja Setiap Kelas
2. Program Yang Diiktiraf ("Award-Winning")
3. "Finland Based Education (Stress-Free & Fun-Based)"
4. Tiada homework & tiada peperiksaan
5. Montessori - tiada perlumbaan/perbandingan antara pelajar
6. Setiap pelajar belajar mengikut kepantasan masing2 - tiada paksaan untuk mengejar silibus
7. Jaminan anak boleh baca Quran & bacaan solat dengan baik
8. 100% English Medium - anak pasti akan boleh bercakap dalam English dengan yakin
9. "Mixed age" - gabungan umur berlainan dalam setiap kelas, gambaran kehidupan sebenar anak2 bila di rumah
10. Penekanan pada ADAB diutamakan
11. Sistem pendidikan Jepun - pelajar belajar basuh pinggan sendiri, mengemop dan aktiviti membersih
12. Pilihan dari 102 lokasi kampus di seluruh Malaysia
===============================
Untuk Ketahui Info Lengkap Tentang:
===============================
Apa Beza Brainy Bunch dengan Tadika Lain?
Subjek, Kurikulum & Kaedah Belajar
Yuran Program
Aktiviti Menarik Pelajar
Kenapa Para Ibu Sayang Brainy Bunch?
.
Isi borang DAFTAR MINAT
Daftar minat anda di http://bit.ly/bbinterest-fbbb
Atau,
Pilih LOKASI KAMPUS yang diingini & daftar untuk sesi kelas percubaan PERCUMA (Untuk 4,5 & 6 Tahun Sahaja).
.
Masa Kelas Percubaan:
8:00am to 12:00pm (Regular Hours)
.
Klik Di Sini untuk Daftar minat anda di http://bit.ly/bbinterest-fbbb tim Brainy Bunch akan hubungi anda untuk penerangan Program:
Hari Terakhir - Tawaran 7 Bonus
Jangan Terlepas peluang untuk dapatkan BONUS & Penjimatan ini.
Tempat terhad!
Daftar minat anda di http://bit.ly/bbinterest-fbbb
Tolong #Like dan #Share posting ini.
Terima kasih diatas sokongan yang diberikan kepada kami. Bantu untuk sebarkan dan viralkan mesej ini ke semua whatsapp group dan media sosial anda.
Jazakallah
Coach Fadzil
#BrainyBunch
#LahirkanPendakwahAllah
#iAmBrainyBunch
#iLoveBrainyBunch
setiap hari in english 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Warna-warni seakan pelangi biskut Lidah Kucing ni memang comel betul la. Lagi comel dalam bentuk bunga macam ni. Rasanya yang rangup dan rapuh tu, confirm budak-budak suka?
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga, Unik & Tak Rugi Cuba!
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga
Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 sb esen vanila
1 sb emplex
3 biji putih telur
pewarna makanan (merah jambu, oren, biru, ungu, hijau dan kuning)
1/2 cwn gula kastor
Cara memasak
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex. Kacau semua bahan sehingga tercampur rata.
4. Kemudian, asingkan adunan menjadi enam bahagian.
5. Warnakan setiap satu bahagian dengan pewarna makanan dan kacau sehingga warna sekata.
6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg tersendiri.
7. Paipkan ke atas loyang satu persatu sehingga membentuk bunga.
8. Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-17 minit.
9. Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga siap untuk dihidangkan.
Nota: Biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut lemau.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe, Unique & Worth To Try This Eid
The bright rainbow colors of these Lidah Kucing Cookies is super cute! Plus, a beautiful flowery-pattern. The crispy texture is definitely a favorite, especially for kids!
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe
Ingredients
250 gm butter
200 gm wheat flour
50 gm corn flour
1 tbsp of vanilla essence
1 tbsp of emplex
3 egg whites
food coloring (pink, orange, blue, purple, green, and yellow)
Cooking methods
1. Beat butter, sugar, and vanilla essence until fluffy.
2. Pour in egg whites bit by bit and mix until well-combined.
3. Sieve wheat flour, corn flour, and emplex. Mix until all ingredients are nicely combined.
4. Then, divide the batter into 6 portions.
5. Color each of them with food coloring until evenly mixed.
6. Insert the colored batter into piping bags.
7. Pipe the batter one by one on the baking mold forming a flower.
8. Lastly, bake at 150°C for 15-17 minutes.
9. Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies ready to be served.
Note: Leave to cool for a while before storing them in an airtight container to avoid becoming soggy.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #lidahkucing #biskutraya #pelangi #rainbow #warnawarni #biskut #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose
setiap hari in english 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Setiap hari mesti wajib ada masakan yang berasaskan ayam kan? Kalau korang dah jemu ayam goreng ke ayam berkuah ke, korang boleh try buat ayam bakar madu ni. Boleh dimakan dengan nasi dan kalau nak makan gitu je pun sedap tau, lagi-lagi bila dicicah dengan kuah pedas. Jom try buat..
Resepi Ayam Bakar Madu Kuah Pedas | Honey Roasted Chicken Hot Sauce Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Ayam Bakar Madu Kuah Pedas
Bahan-bahan (Ayam Bakar Madu)
1 ekor ayam
2 tangkai serai (dicincang)
1 inci halia (dicincang)
1 ulas bawang merah (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sb garam
1 sb lada hitam
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb madu
1 batang lobak merah (dipotong)
2 batang saderi (dipotong)
1 biji kentang (dipotong dadu)
2 tangkai rosemary
2 sb minyak jagung
1 biji lemon
10 biji tomato ceri (hiasan)
Bahan-bahan (Kuah Pedas)
2 sb pes cili
3 tangkai cili besar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sb gula perang
1 sk garam
1 sk cuka makan
1 sb madu
1 sb tepung jagung + 2 sb air
Cara memasak (Ayam Bakar Madu)
1. Campurkan serai, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam, serbuk kunyit, serbuk cili, sos cili, sos tiram, madu dan garam. Gaul rata dan ketepikan bahan perapan.
2. Keringkan ayam menggunakan tisu dapur. Lumurkan garam, minyak jagung dan bahan perapan ke seluruh bahagian ayam.
3. Susun potongan lobak merah, saderi, kentang dan daun rosemary yang sudah diperasakan dengan garam di tepi ayam.
4. Sumbatkan lemon dan kentang ke dalam ayam.
5. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 230°C.
6. Ayam bakar siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan sos pedas.
Cara memasak (Kuah Pedas)
1. Kisar cili besar, bawang putih dan bawang besar sehingga lumat.
2. Di dalam periuk, masukkan bahan kisar, pes cili dan renehkan sehingga berbuih.
3. Perasakan dengan garam, madu, cuka dan gula perang.
4. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung dan kacau sehinga pekat.
5. Kuah pedas siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Honey Roasted Chicken Hot Sauce Recipe
Ingredients (Honey Roasted Chicken)
1 whole chicken
2 lemongrass (minced)
1 inch ginger (minced)
1 red onion (minced)
2 cloves of garlic (minced)
2 tbsp of salt
1 tbsp of black pepper
1 tsp of turmeric powder
1 tsp of chili powder
1 tbsp of chili sauce
1 tbsp of oyster sauce
1 tbsp of honey
1 stick carrot (cut)
2 stick celery (cut)
1 potato (diced)
2 stalk rosemary
2 tbsp of corn oil
1 lemon
10 cherry tomatoes (optional)
Ingredients (Hot Sauce)
2 tbsp of chili paste
3 red chilies
2 cloves of garlic
1 whole onion
2 tbsp of brown sugar
1 tsp of salt
1 tsp of vinegar
1 tbsp of honey
1 tbsp corn flour+2 tbsp of water
Cooking method (Honey Roasted Chicken)
1. Mix well lemongrass, ginger, red onion, garlic, black-pepper, turmeric powder, chili powder, chili sauce, oyster sauce, honey and salt. Combine well the marinade ingredients and set aside.
2. Pat dry the chicken using kitchen tissue. Rub salt, corn oil and marinated ingredients to all parts of the chicken.
3. Arrange and seasoned carrot, celery, potato and rosemary with salt beside the chicken.
4. Stuff the cavity with whole lemon and potatoes.
5. Roast the chicken in the oven for an hour at 230°C.
6. Honey roasted chicken ready to be served with white rice and hot sauce.
Cooking method (Hot Sauce)
1. Blend red chilies together with garlic and onion until fine.
2. In the saucepan, pour in ground ingredients, chili paste and cook to boil and simmer.
3. Season with salt, honey, vinegar and brown sugar.
4. Lastly, pour in corn starch solution and stir until thicken.
5. Hot sauce ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#ayambakar #ayambakarmadu #ayammadu #ayamgolek #roastedchicken #honeychicken #ayam #madu #chicken #honey
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #lemankakap #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom #nrsalnaz
setiap hari in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the "Subs/CC" button if you didn't choose English as the main language in your YouTube Settings. All English Subtitles and materials are produced by Pyan's wife. ]
..
HOMEMADE KFC FRIED CHICKEN - EXPERIMENT 1
..
Aku memang peminat ayam goreng KFC. Bertahun-tahun makan ayam KFC tak pernah jemu (Tapi sekarang aku prefer ayam goreng MCD kot haha). Aku pernah tengok banyak video orang masak ayam goreng KFC guna resepi yang diorang rasakan adalah resepi asli dari KFC. Tapi aku personally tak pernah buat sendiri.
..
So, hari ni aku nak kongsikan experiment aku yang pertama - masak ayam goreng KFC menggunakan resepi yang aku jumpa di internet. Aku olah resepi mengikut kesesuaian dan citarasa aku.
..
Dekat bawah ni resepi yang korang boleh ambik atau olah :
..
RESEPI AYAM GORENG KFC (Tak ikut version asal / tidak tepat)
Perapan Ayam (8-10 pcs ayam)
1. 1/2 sudu besar garam
Wet Coating
1. 2-3 biji telur (Ikut besar mana ayam tu)
2. 1/2 cawan air
3. 1 cawan tepung
4. 1/2 sudu besar garam
Tepung Seasoning (Sukatan tidak tepat, boleh olah ikut suka)
1. 3 cawan tepung
2. 1/2 sudu besar Thyme Leaves
3. 1/2 sudu besar Mustard Powder
4. 1/4 sudu kecil Basil Leaves
5. 2 sudu besar serbuk Paprika
6. 2 sudu besar serbuk White Pepper
7. 1/2 sudu besar Ginger Powder
8. 1 sudu besar Garlic Salt
9. 1 sudu besar garam Himalayan Rock Salt
10. 1/4 sudu besar Oregano
11. 1 sudu besar Black Pepper
Waktu Memasak
- Drumstick biasanya ambik masa 15-16 minit untuk masak (Api kecil)
Cara-cara memasak :
1. Celupkan ayam ke dalam wet coating. Kemudian toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung seasoning. Padatkan ayam dengan tepung seasoning dan pastikan setiap permukaan ayam diselaputi oleh tepung. Kemudian toskan.
3. Masukkan ke dalam periuk berisi minyak panas (170 darjah celcius) dan masak selama 15-16 minit (Drumstick).
4. Selepas 15 minit, angkat ayam dan rehatkan di atas gril penyejuk selama 10 minit, kemudian boleh dihidangkan.
..
Selamat mencuba!
..
Don't forget to click Like and SUBSCRIBE!! ?
..
Email: padubebstudios@gmail.com
Website: https://www.padubebstudios.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/PaduBebStudios
Facebook: https://www.facebook.com/padubebstudios/
Instagram: https://www.instagram.com/padubebstudios/?hl=en
..