Ada dua situasi yang saya jumpa bila lihat orang yang tengah diet. Antara yang berguru dan buat sesuka hati.
.
DIET BERGURU.
1. Tak buat diet ekstrim.
2. Buat secara berperingkat.
3. Tahu dari mana nak mula.
4. Tak haramkan semua makananan.
5. Senaman buat ikut kemampuan diri.
6. Berat turun setiap minggu.
7. Ada perubahan fizikal dan fitness.
Mereka ini tak fikir sangat pasal nak turun cepat. Kerana tahu diet itu progresnya adalah berperingkat dan dia sabar. Bila down tahu nak rujuk guru dan makanannya pun ada waktu enjoi. Mereka berjaya dan diet dengan gembira.
.
DIET SESUKA HATI.
1. Buat diet ekstrim hingga tahan lapar.
2. Makan lauk yang sama.
3. Tak tahu dari mana nak mula.
4. Sekat semua makanan.
5. Habiskan banyak duit dekat ubat kurus.
6. Badan tak kurus.
7. Menyerah kalah dan tak diet lagi.
.
Orang ini kerap saya jumpa. Suka sangat ambil jalan singkat dan akhirnya jadi mangsa eksploitasi iklan ubat-ubat kurus. Tertipu. Poket kurus tapi badan masih berisi. Ini jadi bila rasa berguru itu merugikan dan pilih buat sendiri.
Kawan. Harus mencari guru. Orang yang tidak mencari ilmu mereka akan tenggelam di lautan kejahilan.
Diet tidak boleh buat sesuka hati. Jika tersalah langkah ia akan banyak bawa mudarat kepada diri. Berlaku kecederaan, rosak organ dalaman dan lebih parah kalian boleh hilang keupayaan.
Ingat. Pelaburan untuk ilmu tidak pernah akan rugi. Ia adalah pelaburan yang membawa keuntungan pada diri. Diet jangan buat ekstrim dan ingat haramkan semua benda.
Berguru dan cari ilmu akan buat diet kalian menjadi. Jangan diet suka hati sampai rosakkan diri. Sekarang anda diet yang bagaimana?
.
#teammrdon #fitnessgirl #fitnessboy #fitnessgoals #fitnessmotivation #fitmalaysia #certifiedpersonaltrainer #natty #anytimefitness #eatclean #fit4life #sexy #gainpost #chifitness #flexibility #asian #functionaltraining #circuittraining #effortismuchbetterthandreaming #fit4life #malaysia #sexy #melayu #chinese #kualalumpur #wenotthefirstbutwearethebest #seremban #TKOnutrition #asrtoarena #fatburnermegamalaysia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...