Bismillahirrahmanirrahim,
.
Salam 19 Ramadhan 1441
Selasa 12/5/2020
.
#pudingkaramelsurianti
Resipi ini saya pernah kongsikan dalam blog pada tahun 2016 dulu. Anak-anak saya sukakan versi tanpa telur seperti ini, sekejap saja habis.
.
Kali ini tak berapa cantik dan tak sekata pula karamelnya😢 tapi rasa sedap😍 terimalah #seadanya #taksempurnabysuriantikitchen
.
Puding Karamel Tanpa Telur (loyang bulat saiz 8 inci)
Sumber Resipi : FB Noraslinda Bugal
Instagram : https://www.instagram.com/surianti_kitchen/
Facebook : https://m.facebook.com/Surianti_Kitchen-2069089969974636/?ref=bookmarks
Youtube : http://www.youtube.com/c/SuriantiKitchen
Bahan A (Karamel)
🔵 3 sudu besar gula pasir
🔵 2 sudu besar air
-Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan.
.
Bahan B (Puding)
🔵 1 paket agar2 serbuk 10 gram
🔵 1 tin susu sejat (susu cair)
🔵 4 cawan air
🔵 1/2 cawan susu pekat manis
🔵 1/2 cawan gula pasir
🔵 2 sudu besar tepung kastard
🔵 1 sudu kecil esen vanilla
-Satukan semua Bahan B
-Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel
-Bila mendidih dan agak pekat, tutup api.
-Tapis adunan (saya tak tapis) dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Kemudian boleh diterbalikkan.
.
📌tak perlu dikukus kerana versi tanpa telur telah dimasak hingga mendidih di atas api
.
📌kalau nak lagi tebal karamelnya, kena lebihkan sedikit gula waktu kita membuat karamel tapi saya lebih suka versi yang kurang gula
.
.
. ❤️Nota ❤️
Video 30 hari puasa 30 resipi telah disediakan lebih awal sebelum bulan puasa.
.
#jendeladapursurianti #pudingkaramelsurianti #sedap #homemade #food #foodie #foodies #homecooking #instaphoto #foodporn #foodblogger #foodstagram #foodjournal #simple #simpleyetdelicious #foodstagram #foodporn #bukuresepi #resepimudah #salamramadhan #iftar #ramadhan2020surianti
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「jendeladapursurianti」的推薦目錄:
- 關於jendeladapursurianti 在 Pai Syahira Facebook 的最讚貼文
- 關於jendeladapursurianti 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
- 關於jendeladapursurianti 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
- 關於jendeladapursurianti 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於jendeladapursurianti 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於jendeladapursurianti 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
jendeladapursurianti 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
Bismillahirrahmanirrahim,
.
Baca resepi & lihat video sampai habis tau 😁✌️
.
#pulutserimukasurianti
Pulut serimuka kesukaan keluarga.
Versi lembut (bukan keras liat), lemak secukup rasa resipi dari bonda mertua sis.
Dulu sis pernah kongsikan dalam 1 minit video IG, fb & blog. Ramai yang telah mencuba dan memberi feedback yang baik #alhamdulillah
.
Kuih Seri Muka (loyang 8in x 8in)
Instagram : https://www.instagram.com/surianti_kitchen/
Youtube : http://www.youtube.com/c/SuriantiKitchen
.
Lapisan bawah :
🔵2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
🔵1 cawan santan
🔵1 cawan air
🔵Garam
-panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan supaya padat di dalam loyang
.
Lapisan atas :
🔵3 biji telur
🔵3/4 cawan tepung gandum
🔵3/4 cawan gula pasir
🔵1 cawan air pandan
🔵1 1/4 cawan santan
🔵Beberapa titis pewarna hijau
-satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan
-masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin.
.
🔵Cara :
Tuangkan lapisan atas (hijau) ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 35-40 minit. Buka tudung periuk dan kukus tanpa tudung selama 5 minit untuk mengeringkan air dipermukaan. Matikan api.
.
.
✅sukatan sepenuhnya menggunakan measuring cup/cawan metrik.
.
✅ Loyang disapu minyak & alas dengan plastik tahan panas (tujuan utk memudahkan kita keluarkan kuih dari loyang)
Plastik boleh beli di kedai yang jual plastik, hanya bagitahu plastik tahan panas.
.
✅Kalau nak dapat hasil yang baik, kena selalu praktis & jangan putus asa 👌
Selamat mencuba.
.
.
#jendeladapursurianti #resepi #resepimudah #resepiwarisan #minumpetang #teatime #foodblogger #foodie #foodjournal #foodstagram #instafood #instaphoto #sedap #homesweethome #homemade #simpleyetdelicious😋 #homecooked #pulutserimuka #pulutserimukasurianti #kuihserimuka #kuihtalam #talamserimuka
jendeladapursurianti 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
Nampak macam sedap aje. Jom try buat. Kita kongsi di sini dulu, senang nk cari resepi bila dah ada mood nk buat.
Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita beberapa minggu lepas juga,
Kek Buah versi bakar, kalau nak tengok versi kukus, boleh view dlm photo album atau scroll ke bawah dulu saya dah pernah share.
Kek Buah Bakar (loyang 8 x 8 inci)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A:
250 gm butter (saya guna Anchor)
150 gm gula castor
4 biji telur gred B
1 st esen vanila
250 gm tepung gandum*
1 st baking powder*
50 ml susu segar
-bahan bertanda * disatukan dan diayak.
Bahan B :
300 gm buah-buahan campuran (mix fruits)
50 gm tepung gandum
-kedua-dua jenis bahan ini digaul rata. Tujuannya supaya bila kita bakar kek, buah2an tidak tenggelam ke bawah. Ketepikan.
Cara penyediaan :
1. Pukul butter dan gula menggunakan mixer hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan susu hingga habis. (Peringkat ini, mix perlahan sahaja)
4. Matikan mixer dan masukkan Bahan B, kacau perlahan menggunakan spatula sahaja hingga sebati.
5. Panaskan oven, gris loyang dengan butter. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Masukkan adunan kek, ratakan.
6. Bakar hingga masak mengikut suhu oven masing-masing (suhu oven saya 160'C selama 45 minit). Bila kek telah masak, sejukkan diredai.
#jendeladapursurianti